BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ikutlah....Jika Mahu....

Thursday, July 2, 2009

FIREFOX 3.5.....seri-us berbaloi....

Korang ada masalah dengan browser skarang ?.....haha...MUSANG API 3.5 FIREFOX 3.5 ar jalan penyelesaian dye....

Seri-us berbaloi.....sape yg skang tgh pakai MUSANG API FIREFOX pun disyorkan gak upgrade ke version 3.5 punye....laju giler ar.....

Anyway....kalau nak download @ nak tahu comparission MUSANG API 3.5 FIREFOX 3.5 dgn browser lain secara official nye.....

KLIK KAT SINI..........OFFICIAL COMPARISSION FIREFOX vs IE & HOW TO DOWNLOAD IT.....

[Seri-us happy giler pakai version ni]

Wednesday, June 24, 2009

Tun Dr. M : " Melayu Layu "

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir telah membuat satu kejutan apabila menghantar satu warkah kepada penyanyi rap tersohor di Malaysia, Malique......

[Zoom Jika Mahu Lebih Jelas]

La....ingatkan surat apa....rupa-rupanye Dr. M request satu puisi dan dia ajak Malique untuk bersama-sama dia baca puisi tu.....





Amacam ? Dah dengar...masyuk tu....aduh...sedih lak dengar keadaan bangsa melayu zaman ini.....semuanye dikatakan berpunca daripada sikap "TOLAK AGAMA...."

Adoyai....apalah nak jadi....

" Ya ALLAH....Kembalikanlah Generasi Muda Kami Ke Jalan Yang Engkau Redhai....Ameeeen "

Tuesday, June 23, 2009

BerTEKA-TEKI bersama Imam Al-Ghazali......

Alkisah....Suatu hari dulu.....Imam Al-Ghazali pernah bertanya beberapa soalan kepada anak2 muridnye.....

Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING HAMPIR dengan kita ?

Murid 1 : Orang Tua (Ibu bapa)
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum Kerabat

Imam Al-Ghazali : Semua jawapan itu benar...tetapi yang PALING BENAR ialah MATI. Sebab itu ALLAH berjanji tiap2 yang hidup itu pasti akan mati

(Surah Ali Imran : 185) كل نفس ذاقت الموت


Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING JAUH dengan kita ?

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Pasaraya Bintang di Langit

Imam Al-Ghazali : Semua jawapan itu benar...tetapi yang PALING BENAR ialah MASA LAMPAU. Walau apa pun kenderaan yang kita tunggang...kita sesekali tidak akan boleh berpatah ke masa lampau. Oleh itu, pada hari2 mendatang....bawalah diri kita dengan Al-Qur'an sebagai petunjuk......


Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING BESAR di dunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Al Ghazali : Semua jawapan itu benar...tetapi yang PALING BESAR di dunia ini ialah HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf : 179), Oleh itu kita kena sentiasa mengawal hawa nafsu kita....jangan sampai hawa nafsu sendiri mengawal kita ke neraka jahannnam (na'uzubillah)

Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING BERAT di dunia ini ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Al-Ghazali : Semua itu benar...tetapi yang PALING BERAT di dunia ini ialah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72)

" Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan "


Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING RINGAN di dunia ketika ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-Daun

Imam Al-Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar...tetapi yang PALING RINGAN sekali pada zaman ini ialah MENINGGALKAN SOLAT.....

(Kita sendiri boleh jumpe orang yang susah nak tinggalkan assignment & kerja kursus yang disuruh keatas mereka tetapi dengan senangnye meninggalkan solat tanpa sebarang uzur syar'ie - Aku )


Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING TAJAM di dunia ini ?

Kesemua murid menjawab dengan serentak : PEDANG.....

Imam Al-Ghazali : Itu benar...tetapi yang PALING TAJAM sekali di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA...kerana dengan lidah....manusia dengan senangnye dapat menyakiti hati dan perasaan saudaranya sendiri......


Adoyai....jawapan tu kadang2...kita sendiri x terfikir btol x ? itu tandanya...kite dok asyik teringatkan duniawi je....

Wallahu a'lam...cukup disini terhenti post ini....

FITNA 2......Geert Wilders Makin Kurang Ajar !!!

Jangan lak korang bagi soalan.....Fitna ? Apa tu ? Siapa Geert Wilders ? Argh.....

Fitna...x kan x tahu ? Nama filem yang dok kutuk pasal Islam & Al-Quran...... Jangan lak korang kata... "Oh... " je... ni bukan filem pertama.... ni diorang nak buat filem ke - 2 !!!!

Skang apa tindakan yang kita patut buat ?

Diam ? BODOH !!!!!

Bangga sebab dah tahu pasal ni ? BODOH !!!!!

Bukan tu yg kita patut buat....memang ar...kita x leh nak pegi Holland...pegi luku kepala Geert Wilders....kita x boleh buat camtu...sebab kita masih orang bawahan......

Yang kita perlu buat skarang ni....SEBARKAN PASAL BENDA NI !!!!.....at least bila sebar-sebarkan tetiba dapat kat orang atas Kerajaan....boleh ar diorang suarakan kat pihak mana yg patut.....

So, dah habis baca...bukannye perlu shut down terus komputer....SEBARKAN !!!!!.....

" Mana Suara Dunia Tak Kira Apa Bangsa ? Ada Mangsa Kat Sana Tunggu Nasibnye Dibela !!! "

WAJIB LEPAS KENCING....

First...bagi yg otak agak warna kelautan blue...aku nak korang cuci dulu otak korang..... benda ni kaitnye dengan agama....bukan main2...kena pandang SERIE A SERIUS.........

Kebanyakan korang mesti dah pernah informed yg kencing x suci @ x basuh btol2....adalah HARAM.....

meh...baca cerita ni.....

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Saidina Abu Bakar R.A pernah hendak menyembahyangkan jenazah seseorang, tetapi tiba-tiba
tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu Saidina Abu Bakar R.A menyuruh beberapa orang membukanya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut Saidina Abu Bakar R.A mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuh ular tersebut. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya " Apakah salahku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan ? " Setelah diselidiki amalan si mati itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil........

NAUZUBILLAH.....


Untuk kaum lelaki,

Bila kita dah selesai membuang air kecil, kita disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu dinasihatkan agar kita mengurut pundi kencing @ zakar kita sehingga betul2 yakin dah x de air yang akan keluar. Then, barulah kita basuh alat kencing kita dengan air sehingga btol2 dan diyakini bersih......

Untuk kaum wanita pula,

Bila korang nak basuh alat korang, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa mengairinye dengan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata.....Sebabnye...kalau korang just melalukan air sahaja kat situ.... secaras keseluruhannye ia tidaklah 100% bersih.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

So, diingatkan balik.....article ni x de unsur lawak....tapi satu PERINGATAN.......

Jangan terlalu ambik mudah....sebab ISLAM itu RINGKAS dan SEDERHANA....x menyusahkan langsung....So, fikir baik2...dalam setiap perbuatan kita lakukan...kena ikut syariah dan digalakkan mengikut sunnah dan dilarang untuk melanggar batasan syariah.....

Ingatkan gak member2 or sesape dalam hidup korang pasal benda ni !!!!

So, x de pape dah utk post ni...Salam A'laikum...dan.....CHOW......