BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ikutlah....Jika Mahu....

Wednesday, June 24, 2009

Tun Dr. M : " Melayu Layu "

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir telah membuat satu kejutan apabila menghantar satu warkah kepada penyanyi rap tersohor di Malaysia, Malique......

[Zoom Jika Mahu Lebih Jelas]

La....ingatkan surat apa....rupa-rupanye Dr. M request satu puisi dan dia ajak Malique untuk bersama-sama dia baca puisi tu.....





Amacam ? Dah dengar...masyuk tu....aduh...sedih lak dengar keadaan bangsa melayu zaman ini.....semuanye dikatakan berpunca daripada sikap "TOLAK AGAMA...."

Adoyai....apalah nak jadi....

" Ya ALLAH....Kembalikanlah Generasi Muda Kami Ke Jalan Yang Engkau Redhai....Ameeeen "

Tuesday, June 23, 2009

BerTEKA-TEKI bersama Imam Al-Ghazali......

Alkisah....Suatu hari dulu.....Imam Al-Ghazali pernah bertanya beberapa soalan kepada anak2 muridnye.....

Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING HAMPIR dengan kita ?

Murid 1 : Orang Tua (Ibu bapa)
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum Kerabat

Imam Al-Ghazali : Semua jawapan itu benar...tetapi yang PALING BENAR ialah MATI. Sebab itu ALLAH berjanji tiap2 yang hidup itu pasti akan mati

(Surah Ali Imran : 185) كل نفس ذاقت الموت


Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING JAUH dengan kita ?

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Pasaraya Bintang di Langit

Imam Al-Ghazali : Semua jawapan itu benar...tetapi yang PALING BENAR ialah MASA LAMPAU. Walau apa pun kenderaan yang kita tunggang...kita sesekali tidak akan boleh berpatah ke masa lampau. Oleh itu, pada hari2 mendatang....bawalah diri kita dengan Al-Qur'an sebagai petunjuk......


Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING BESAR di dunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Al Ghazali : Semua jawapan itu benar...tetapi yang PALING BESAR di dunia ini ialah HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf : 179), Oleh itu kita kena sentiasa mengawal hawa nafsu kita....jangan sampai hawa nafsu sendiri mengawal kita ke neraka jahannnam (na'uzubillah)

Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING BERAT di dunia ini ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Al-Ghazali : Semua itu benar...tetapi yang PALING BERAT di dunia ini ialah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72)

" Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan "


Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING RINGAN di dunia ketika ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-Daun

Imam Al-Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar...tetapi yang PALING RINGAN sekali pada zaman ini ialah MENINGGALKAN SOLAT.....

(Kita sendiri boleh jumpe orang yang susah nak tinggalkan assignment & kerja kursus yang disuruh keatas mereka tetapi dengan senangnye meninggalkan solat tanpa sebarang uzur syar'ie - Aku )


Imam Al-Ghazali : Apakah yang PALING TAJAM di dunia ini ?

Kesemua murid menjawab dengan serentak : PEDANG.....

Imam Al-Ghazali : Itu benar...tetapi yang PALING TAJAM sekali di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA...kerana dengan lidah....manusia dengan senangnye dapat menyakiti hati dan perasaan saudaranya sendiri......


Adoyai....jawapan tu kadang2...kita sendiri x terfikir btol x ? itu tandanya...kite dok asyik teringatkan duniawi je....

Wallahu a'lam...cukup disini terhenti post ini....

FITNA 2......Geert Wilders Makin Kurang Ajar !!!

Jangan lak korang bagi soalan.....Fitna ? Apa tu ? Siapa Geert Wilders ? Argh.....

Fitna...x kan x tahu ? Nama filem yang dok kutuk pasal Islam & Al-Quran...... Jangan lak korang kata... "Oh... " je... ni bukan filem pertama.... ni diorang nak buat filem ke - 2 !!!!

Skang apa tindakan yang kita patut buat ?

Diam ? BODOH !!!!!

Bangga sebab dah tahu pasal ni ? BODOH !!!!!

Bukan tu yg kita patut buat....memang ar...kita x leh nak pegi Holland...pegi luku kepala Geert Wilders....kita x boleh buat camtu...sebab kita masih orang bawahan......

Yang kita perlu buat skarang ni....SEBARKAN PASAL BENDA NI !!!!.....at least bila sebar-sebarkan tetiba dapat kat orang atas Kerajaan....boleh ar diorang suarakan kat pihak mana yg patut.....

So, dah habis baca...bukannye perlu shut down terus komputer....SEBARKAN !!!!!.....

" Mana Suara Dunia Tak Kira Apa Bangsa ? Ada Mangsa Kat Sana Tunggu Nasibnye Dibela !!! "

WAJIB LEPAS KENCING....

First...bagi yg otak agak warna kelautan blue...aku nak korang cuci dulu otak korang..... benda ni kaitnye dengan agama....bukan main2...kena pandang SERIE A SERIUS.........

Kebanyakan korang mesti dah pernah informed yg kencing x suci @ x basuh btol2....adalah HARAM.....

meh...baca cerita ni.....

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Saidina Abu Bakar R.A pernah hendak menyembahyangkan jenazah seseorang, tetapi tiba-tiba
tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu Saidina Abu Bakar R.A menyuruh beberapa orang membukanya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut Saidina Abu Bakar R.A mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuh ular tersebut. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya " Apakah salahku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan ? " Setelah diselidiki amalan si mati itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil........

NAUZUBILLAH.....


Untuk kaum lelaki,

Bila kita dah selesai membuang air kecil, kita disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu dinasihatkan agar kita mengurut pundi kencing @ zakar kita sehingga betul2 yakin dah x de air yang akan keluar. Then, barulah kita basuh alat kencing kita dengan air sehingga btol2 dan diyakini bersih......

Untuk kaum wanita pula,

Bila korang nak basuh alat korang, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa mengairinye dengan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata.....Sebabnye...kalau korang just melalukan air sahaja kat situ.... secaras keseluruhannye ia tidaklah 100% bersih.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

So, diingatkan balik.....article ni x de unsur lawak....tapi satu PERINGATAN.......

Jangan terlalu ambik mudah....sebab ISLAM itu RINGKAS dan SEDERHANA....x menyusahkan langsung....So, fikir baik2...dalam setiap perbuatan kita lakukan...kena ikut syariah dan digalakkan mengikut sunnah dan dilarang untuk melanggar batasan syariah.....

Ingatkan gak member2 or sesape dalam hidup korang pasal benda ni !!!!

So, x de pape dah utk post ni...Salam A'laikum...dan.....CHOW......

SCAM : KIAMAT 20/12/2012

ARGH.....BENGSION= BENGANG + TENSION giler....lepas aku usha bulletin board kat myspace aku...aku tengok ramai kengkawan aku dok sebarkan pasal kiamat 20/12/2012.....WHAT THE HACK !!!!!

Pelik ar.....kita manusia biasa....manusia yg lemah...manusia yg bodoh kurang pandai.....manusia yg terbatas akal fikirannye....camne sesedap hati nak kata 20.12.2012 tu tarikh kiamat.....SENGAL

O.K ar.....KALAU repekan korang tu btol la sangat.....kiamat 20.12.2012...so, skang korang nak buat apa ? relax...goyang kaki ? tunggu 01/12/2012 baru nak buat ibadah ? ....common la....fikir balik.....

Kalau esok lusa kita mati (nauzubillah) ? So...nak cakap apa ? Common ar....sentiasalah ingat ALLAH....beribadah siang & malam untuk TUHAN YANG MAHA MULIA.....

Aduh.....sesape jumpa scammer pasal benda ni lepas ni...korang cakap... " ESOK KALAU KO MATI...APA EFFECT DIA KAT TARIKH TU ? "

Monday, June 22, 2009

BAHAYA KERETA FEMININ

O.K ar...aku nak rapid share satu cerita yang diforwardkan oleh seorang kenalan internet aku....

------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber Dari Seorang Kawannye :

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polis datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?".

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"

"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".

"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik". kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr.... betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya.

Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

So, apa yg aku nak cakap....kalau korang hias kereta korang ganaz2 cam ada stiker tengkorak @ apa2 yg cam ganaz boleh gak....tapi nampak x bape elok....nak yang eloknye....

KORANG HIAS KERETA KORANG DENGAN AYAT-AYAT SUCI AL-QUR'AN

Pergh...btol x ? Mantop tu...bila korang letak ayat-ayat suci Insya-ALLAH automatically secara automatiknye kereta korang terlingdung oleh YANG MAHA BERKUASA......

H1N1......KENAPA TAK SALAHKAN BABI KHINZIR ???

Panas...Mana x panas isu ni.....bape banyak dah terkorban...isu ape lagi...slain VIRUS A H1N1 a.k.a SELSEMA BABI KHINZIR ......





Pelik ek ? Kalau korang masih ingat lagi....tyme J.E (Japanese Encephalitis) dulu....orang dok salahkan nyamuk....padahal asal dia datang dari BABI KHINZIR gak.....

Kalau H5N1 a.k.a Bird Flu Selsema Burung....tros Jabatan Kesihatan hantar kakitangan pegi ceroboh kat kampung-kampung untuk hapuskan ayam....tapi kenapa BABI KHINZIR tidak dihapuskan secara terus menerus ?

Adakah sebab daging BABI KHINZIR ni terlalu sedap untuk dimakan ? Atau sebab Daging BABI KHINZIR ni makanan yg high class level ?

BODOH

Try tanye kat pengkaji2 yg pernah kaji pasal BABI KHINZIR...... kebanyakkannye lepas dah habis kaji....mesti diorang tros x nak makan & dekati makhluk tu.....

Persoalan kat sini....susah sangat ke nak hapuskan BABI KHINZIR ni ?.....common la..... WAHAI MALAYSIA YANG AGAMA RASMINYA ADALAH ISLAM.....sedarlah......

Pantai,Sungai & Lombong2 kat Malaysia ni bukannya sikit dah tercemar sebab BABI KHINZIR ni.....tapi dah TERLALU banyak....

Cuba ar paling kurang pun....Kerajaan tolong ar musnahkan 1/2 daripada penternakan BABI KHINZIR ni....kalau buang terus semua kandang pun amat2 lah sangat dialu-alukan....sebab faedah dia kompem confirm banyak.....

Adoyai.......satu lafaz "MUSNAHKAN BABI KHINZIR !!!!!!!!!! "

Pahala TANPA Batasan.....

Salam A'laikum....Doaku Untukmu....

Jom pikir...kalau kita main saham....kalau kita bijak untung kita akan sentiasa masyuk dan berterusan...btol x ? Tapi kalau si pemilik nama saham tu meninggal dunia....mesti saham tu akan stop kecuali si arwah sempat wasiatkan saham dia kat anak dia @ sesape je ar.....

Bila Si Arwah dah lepaskan share dia.....ada x lagi keuntungan kat dia ? Jawapannye semestinye dah x de..... TAPI cuba baca benda kat bawah ni.....

" Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya;

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. (Sambung no 7) Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri "


--------------------------------------DAN------------------------------------------------


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam ;

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya

........................................................................................................................................................................

So, baik campak longkang je kalau benda ni x de gune....Haha...Apa lagi...sebarkanlah selagi mana yang mampu....

Cuba baca balik ayat no. 6 daripada kata-kata Anas R.A & ayat no. 2 daripada kata-kata Abu Hurairah R.A.......

So, Let's Do It....Hayya Bina....

Sunday, June 21, 2009

SPAM : Radiasi Handphone

Salam A'laikum....Doaku Untukmu....

Aku nak tanye kat korang.....biasa x inbox Henset @ Yahoo! Mail @ Gmail @ Myspace korang dipenuhi dengan satu mesej spam yg ada ayat >>>

" Jawablah telefon anda menggunakan telinga sebelah kiri......"

Mesti dah banyak kali kan ? Haha...aku tengok kawan2 aku bila dapat mesej camni diorang forward terus je.....bile kena tanye balik.....diorang jawab... " aku forward je mesej ni..... " dan ada gak yang advance skit....diorang jawab... " sebab radiasi dia "

O.K ar....aku rapid share ar ngan korang pasal benda ni....

Ni ringkasan dia.....

Kita kena jawab/dail telefon guna telinga kiri sebab bile henset kite mendail/menerima panggilan...henset tu akan menggunakan kuasa signal maksima maximum sehingga 2 watt.....kan kita dah biasa tahu kan yg telinga kanan agak sensitif sebab dia akan drive thru direct thru ke otak kita....so 2 watt bukanlah jumlah yang kecil...secara x langsung effect dia kat otak agak besar......

Tu jelah...lepas ni ada sesape spam benda ni...first, korang try tanye sender tu...kenapa kena guna telinga kiri ?

Kalau dia jawab dia just forward & spamming kat orang lain je...korang ckp ar pasal benda ni... at least, dia x de ar spam benda yg dia sendiri x tahu.......

Blogging tentang Islam......

Salam A'laikum....doaku keatasmu....

>>> Kenapa buat blog pasal Islam....bukannye ramai org akan view pun ?

Faedahnye ternyata banyak...cuba kita fikir...kita bukak blog pasal artis, politik @ apa2 je blog berunsur yahudi....agak2 kita boleh dapat x ilmu,pahala & redha ALLAH ?

>>> Ooo...beza lain blog duniawi dengan blog camni ape lagi ?

Korang baca blog ni mula dengan Bismillah...then Insya-ALLAH diterima ALLAH sebagai ibadah...sebabnye...setiap yang baik & dilakukan kerana ALLAH...ia akan dihitung sebagai ibadah...Insya-ALLAH.....

.........................................................................................................................................................................

Cukup sebagai mukaddimah blog...post lain Insya-ALLAH menyusur.....