BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ikutlah....Jika Mahu....

Monday, June 22, 2009

Pahala TANPA Batasan.....

Salam A'laikum....Doaku Untukmu....

Jom pikir...kalau kita main saham....kalau kita bijak untung kita akan sentiasa masyuk dan berterusan...btol x ? Tapi kalau si pemilik nama saham tu meninggal dunia....mesti saham tu akan stop kecuali si arwah sempat wasiatkan saham dia kat anak dia @ sesape je ar.....

Bila Si Arwah dah lepaskan share dia.....ada x lagi keuntungan kat dia ? Jawapannye semestinye dah x de..... TAPI cuba baca benda kat bawah ni.....

" Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya;

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. (Sambung no 7) Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri "


--------------------------------------DAN------------------------------------------------


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam ;

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya

........................................................................................................................................................................

So, baik campak longkang je kalau benda ni x de gune....Haha...Apa lagi...sebarkanlah selagi mana yang mampu....

Cuba baca balik ayat no. 6 daripada kata-kata Anas R.A & ayat no. 2 daripada kata-kata Abu Hurairah R.A.......

So, Let's Do It....Hayya Bina....

0 kritikan: